Program Affiliate Bumihayat Borang Pendaftaran Affiliate BumihayatSila isi maklumat di bawah untuk mendaftar sebagai ejen affiliate BumihayatNama Penuh(Required)Nombor Telefon(Required)Email(Required) Negeri(Required)Pekerjaan(Required)Akaun Bank Ejen AffiliateBayaran komisen akan dimasukan terus ke dalam akaun bank Ejen Affiliate. Sila pastikan semua maklumat adalah betul.Nama Pemilik Akaun Bank(Required)Nama Bank (Contoh: Maybank)(Required)Nombor Akaun Bank(Required)Persetujuan(Required) Saya bersetuju dengan syarat & dasar privasiTerma & Syarat Program Affiliate Bumihayat Industries Sdn. Bhd. 1. Program Affiliate Bumihayat selepas ini akan dirujuk sebagai “PAB”, manakala Bumihayat Industries Sdn. Bhd. selepas ini akan dirujuk sebagai “Bumihayat” dan Ejen Affiliate selepas ini akan dirujuk sebagai “EA”. PAB beroperasi sepenuhnya di laman sesawang bumihayat.com secara automatik. Segala sistem sepenuhnya dikawal dan diuruskan oleh Bumihayat tanpa melibatkan pihak ketiga atau mana-mana organisasi lain. PAB terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun bank persendirian yang masih aktif. Pekerja Bumihayat TIDAK dibenarkan menyertai program affiliate ini. Pendaftaran hanya boleh dilakukan di laman sesawang bumihayat.com. Garis panduan EA perlu mamatuhi segala syarat & larangan yang telah ditetapkan oleh Bumihayat. Gagal mematuhi syarat-syarat ini, Bumihayat BERHAK pada bila-bila masa menamatkan kontrak EA tanpa sebarang notis. Syarat-syarat: I. EA hendaklah menjual dengan harga yang telah ditetapkan oleh Bumihayat II. EA TIDAK boleh membuat tuntutan secara berlebihan terhadap produk yang ingin dijual atau promosi III. EA TIDAK boleh memburukan nama baik syarikat dan produk IV. EA TIDAK boleh membuat jualan atas jualan EA yang lain atau memanipulasi harga yang telah ditetapkan khas untuk EA V. EA hendaklah melakukan promosi secara beretika dan TIDAK boleh melakukan aktiviti SPAM atau sebarang aktiviti yang mencurigakan VI. EA TIDAK boleh menyalahgunakan bahan promosi yang disediakan untuk kepentingan diri sendiri VII. EA hendaklah mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan pihak kerajaan sepanjang melakukan aktiviti promosi VIII. EA TIDAK boleh menuntut dirinya adalah pekerja daripada Bumihayat dan sebarang aktiviti yang dapat memburukan nama baik Bumihayat akan membuatkan nama EA digugurkan daripada PAB. Hak cipta Segala bahan promosi atau video yang disediakan Bumihayat merupakan hak cipta dan hak milik Bumihayat sepenuhnya. Segala bahan atau video promosi yang dibuat oleh EA mengunakan bahan daripada Bumihayat juga adalah menjadi hak milik Bumihayat. EA TIDAK boleh membuat sebarang tuntutan berkenaan bahan promosi yang telah mereka buat di masa akan datang. EA dibenarkan menggunakan bahan promosi daripada Bumihayat bagi tujuan promosi dan meyakinkan pelanggan dengan Bumihayat. Perlindungan data & privasi EA dilarang sama sekali dari mengeluarkan kenyataan yang dapat memburukan atau mencalarkan nama baik Bumihayat dengan apa cara sekalipun. Jika EA didapati berbuat demikian, Bumihayat boleh mengambil tindakan undang-undang kepada EA atas tindakan buruk berikut. EA dinasihatkan berbincang terlebih dahulu dengan Bumihayat jika tidak berpuas hati dengan sebarang syarat yang telah ditetapkan bagi mengelak dari membuang masa dan merugikan kedua belah pihak. Kadar komisen dan syarat lain Kadar komisen yang akan diberikan kepada EA bagi setiap jualan yang berjaya direkod dalam sistem adalah sebanyak 7%. Contoh: RM 10,000 (jumlah jualan) = RM 700 (7% komisyen) Bayaran komisen Semua transaksi bayaran jualan akan direkodkan dalam sistem secara automatik. Hanya jualan yang berjaya direkod dalam sistem sahaja yang akan dibayar kepada EA. Jumlah jualan terkumpul akan dikira bermula dari hari pertama setiap bulan sehingga hujung bulan setiap bulan dan akan dibayar komisen setiap 7hb pada bulan berikutnya ke dalam akaun bank EA. EA boleh log masuk ke dalam sistem di laman sesawang bumihayat.com pada bila-bila masa untuk memantau status jualan dan komisen. EA TIDAK boleh menuntut komisen yang tidak direkod atau sebarang ralat yang berlaku di dalam sistem. Kehilangan hak komisen Bumihayat pada bila-bila masa boleh menamatkan kontrak EA jika mendapati sebarang aktiviti yang mencurigakan dilakukan oleh EA, ini termasuk aktiviti SPAM, meninggalkan komen-komen negatif yang boleh mencalarkan imej Bumihayat kepada orang awam atau mana-mana platform media sosial yang lain. Tuntutan Bumihayat TIDAK akan bertanggungjawab jika EA memberikan maklumat yang salah kepada pelanggan dan EA perlu menanggung segala kerugian yang berlaku. Bumihayat TIDAK akan membayar sebarang tuntutan yang dibuat oleh pelanggan atas sebab kesalahan maklumat daripada EA. Bumihayat TIDAK bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan, kehilangan, kecederaan atau kekecewaan yang dialami oleh mana-mana peserta kerana menyertai program ini. Bumihayat BERHAK, pada bila-bila masa dan tanpa notis awal, untuk meminda terma dan syarat program ini di masa akan datang. Perlindungan Data dan Privasi Dengan menyertai PAB, anda bersetuju bahawa sebarang maklumat peribadi yang telah anda berikan semasa menyertai program ini akan digunakan oleh Bumihayat Industries Sdn. Bhd. untuk mentadbir program dan untuk tujuan lain seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami. Maklumat lanjut Untuk maklumat lanjut tentang program ini, anda boleh terus hubungi Bumihayat di talian +60 13 265 4813 (Encik Amer).